Penulisan dan penyuntingan kajian sains dan akademik ke dalam Bahasa Inggeris yang berkualiti, mengikut piawaian terbaik dari Jepun dan global
Samada anda ingin mempromosikan produk atau kajian sains, atau menerbitkannya ke dalam jurnal, kami boleh bantu anda hasilkannya dengan penuh saintifik, tepat dan mudah dibaca, serta menggunakan Bahasa Inggeris yang lengkap dan berkualiti. Kami berkepakaran luas dalam bidang sains dan akademik di Asia, serta berpengalaman berkerja dan berkolaborasi dengan para penyelidik dan ahli perniagaan di Malaysia.

“Syarikat ini berada di Jepun, di tempat saya tinggal. Saya lahir di Amerika. Saya gembira habiskan masa di Malaysia (suka nasi lemak dan laksa) dan teruja dapat bekerja dengan para penyelidik dan ahli perniagaan di negara ini. Saya kagum dengan halatuju wawasan dan kemajuannya. Saya juga tertarik dengan transformasi digital dan budaya kerja baharu di sini. dan gembira bila merasai sendiri kepelbagaian dan keharmonian kaum di Malaysia. Sebagai warga global, saya gembira menghubungkan anda ke peringkat dunia, mengikut piawaian terbaik seperti di tempat saya di Jepun serta dalam bahasa Inggeris Amerika yang berkualiti, iaitu bahasa ibunda saya sendiri. Berpeluang membantu menerbit dan mempromosikan bahan sains anda ke bahasa Inggeris yang tepat, adalah satu kejayaan manis bagi saya.” –Dr. Adam Goulston, Pengasas / Pemilik Scize
Penyuntingan kajian saintifik & perniagaan dalam bahasa Inggeris


Bidang Kepakaran
Kami membantu menulis atau menyunting kajian bertulis anda dalam Bahasa Inggeris bagi topik-topik di bawah:
- Budaya, bahasa, dan identiti
- CSR, CSV, ESG
- Ekonomi
- Epidemiologi
- Hubungan antarabangsa
- Iklim & alam sekitar
- Jantina dan kesamarataan
- Kajian internet
- Kajian pembangunan
- Kelestarian
- Kesihatan awam
- Kesihatan digital
- Kesihatan global
- Komunikasi
- Komunikasi saintifik
- NGO / NPO
- Pekerjaan
- Pekerjaan secara hibrid & jarak jauh
- Pemasaran
- Pembangunan sosial
- Pendidikan
- Penjagaan kesihatan
- Perniagaan
- Perniagaan kecil
- Perubatan dan pelancongan
- Psikiatri
- Psikologi
- Sains klinikal, perubatan
- Sains sosial
- Sosiologi
- Telekesihatan dan teleperubatan
- Tenaga hijau
- Tanya kami mengenai topik-topik lain
3 peringkat penyuntingan kajian untuk penghantaran jurnal
Suntingan Scize Tahap Tinggi | Suntingan Scize Tahap Biasa | Penyemakan Akhir Scize | |
---|---|---|---|
Semakan bahasa terperinci: ejaan, tatabahasa, struktur, Bahasa Inggeris asli | |||
Suntingan jadual dan gambarajah | |||
Suntingan rujukan | |||
Suntingan terminologi berkaitan bidang yang spesifik | |||
Semakan kajian sekiranya memenuhi kriteria jurnal | |||
Memformatkan kajian untuk memenuhi garis panduan jurnal | |||
Ulasan & cadangan untuk menambahbaik logikal isi kandungan | |||
Penyuntingan kali ke-2 secara percuma | |||
Penyuntingan kali terakhir untuk menjawab baki soalan, sekiranya ada serta membuat pembetulan terakhir | |||
Memperolehi sijil penyuntingan Bahasa Inggeris yang ditandatangani | |||
Tempoh masa yang diperlukan | ≤5,000 patah perkataan, 7 hari bekerja | ≤5,000 patah perkataan, 6 hari bekerja | ≤5,000 patah perkataan, 5 hari bekerja |
Kadar (siap cepat & lebih ekpress turut disediakan) | US$0.16/patah perkataan | US$0.12/patah perkataan | US$0.08/patah perkataan |
Penulisan Saintik dan Siaran Akhbar


Penulisan Iklan dan Isi Kandungan
Jika anda mahukan pembaca tidak sekadar membaca penulisan saintifik anda, malah memahami dan terus mengaplikasikannya, anda memerlukan suatu gaya penulisan yang strategik dan tepat. Inilah yang anda akan dapatkan di sini. Kami menyediakan perkhidmatan berikut, antara lainnya adalah:
- Penyalinan kandungan Web yang tersusun
- Blog yang dioptimumkan melalui SEO
- Brosur dan risalah produk yang lengkap dan padat
- Teks pengiklanan yang menarik
- Kajian kes yang releven dan sistematik
- Panduan pemasangan yang lengkap
- Penghantaran emel secara berterusan
Penulisan Saintifik dan Siaran Akhbar
Mungkin anda memerlukan penyuntingan kajian sains (pergi ke sini). Atau jika kajian anda akan diterbitkan, ataupun sudah diterbitkan, kami berupaya membantu anda melalui:
- Siaran akhbar EurekAlert! yang menarik
- Penerbitan kajian di peringkat institusi yang lebih tinggi
- Laporan tahunan yang amat terperinci
- Edaran surat berita melalui emel secara konsisten
- Komunikasi bagi tujuan pengumpulan dana dan sumbangan yang lebih efektif
TENTANG SYARIKAT INI

Scize Group LLC
Scize dicipta untuk membantu anda menyampaikan kajian sains anda ke peringkat global. Kini, terdapatnya jurang pemisah antara sains dan masyarakat. Kami mempercayai bahawa jurang tersebut adalah jurang komunikasi, dan kamilah juga yang menjadi jambatan untuk anda bagi melintasi jurang tersebut. Kami bertapak di Asia, dan memberi fokus kepada Asia. Justeru itu, kami akan menggunakan kepakaran dalam bidang bahasa, perniagaan, dan pemasaran kami untuk menghubungkan idea-idea hebat kepada mereka yang perlu mendengarnya.
PROFIL PEMILIK SCIZE


Dr. Adam Goulston, PsyD, MBA, MS, MISD, CPRW, ELS
Adam menerima pendidikan di Amerika Syarikat dan Australia. Beliau memulakan Scize di Jepun sebagai pusat kolaborasi antara para saintis/pakar sains yang terkemuka di Asia, syarikat berasaskan sains dan teknologi, serta pihak-pihak NGO. Beliau mempercayai bahawa ilmu dan maklumat sains perlu bersifat lebih terbuka, berupaya memanfaatkan teknologinya untuk kualiti hidup masyarakat di sekitarnya, serta mampu mempromosikan penemuan terbaik sains yang terbaharu kepada dunia, terutamanya kepada penutur bukan asli Bahasa Inggeris.
- PsyD, Psikologi Manusia dan Organisasi
- MBA, Pemasaran
- MS, Sains Hayat (kesihatan awam)
- MISD (setara MA), Pembangunan Sosial Antarabangsa
- BA, Kewartawanan
- Lembaga Penyunting yang Bersijil dalam Sains Hayat (ELS)
- Penulis Resume Profesional yang Bersijil
Corporations, NGOs, SMBs, researchers
Scize clients







